Ahad, 14 Mac 2010

RUMAH MANAKAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN?

Nota ini akak ceduk dari Diari khas untuk Muslimah,untuk renungan kita bersama ye.

RUMAH MANAKAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN:
  1. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap ALLAH.
  2. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kerana ALLAH.
  3. Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.
  4. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturrahim.
  5. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal.
  6. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
  7. Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham-memahami,bekerjasama dan bertolak ansur.
  8. Rumah yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan kepada ALLAH.
  9. Rumah yang penghuninya masing-masing dapat menjaga adab serta rahsia.
  10. Rumah yang penghuninya tidak melakukan atau mengerjakan perkara-perkara yang haram.
  11. Rumah yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga daripada melakukan perkara yang bida'ah.
  12. Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada ALLAH.
  13. Rumah yang penghuninya penuh dengan suasana salam dan meminta izin.
  14. Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain.
  15. Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tercela.
  16. Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada ALLAH.

4 ulasan: