Ahad, 14 Mac 2010

ADAB PERGAULAN DAN BERBAIK SANGKA

Ada seorang ahli hikmah mengatakan..."Jikalau kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini..:
  • Hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang,gembira,sopan,rela hati. Elakkan daripada menunjukkan sikap angkuh,sombong dan tinggi diri.
  • Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
  • Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak berludah atau berhingus di tempat awam,banyak menguap atau mengeliatkan badan.
  • Usahakan agar dudukmu itu nampak tenang,kata-kata selalu teratur,menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam sahaja.
  • Jangan bersikap berpura-pura.
  • Elakkan daripada memberitahu sesiapa tentang harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit,orang akan memandangmu dengan kehinaan.
  • Jika berdebat,berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendahkan kemampuan orang lain.
  • Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.
  • Jika masuk ke majlis-majlis,berilah salam dan sentiasa merendah diri.
  • Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu. Jangan suka bergurau senda dengan cendekiawan dan orang yang kurang akalnya. Jika banyak bersenda gurau dalam sesuatu majlis kerana terlupa atau lain-lain,berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.
Orang yang berbaik sangka akan mendapat pahala kerana hatinya terang dan tidak dicemari dengan sifat yang tidak baik.

2 ulasan:

  1. kebanyakan org hari ni suka berpura2 utk dpt perhatian org lain. semoga kita xtergolong dlm klgn org tu :)

    BalasPadam
  2. Ya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut ya Amirah.. terima kasih sudi beri komen.

    BalasPadam