Selasa, 19 Januari 2010

Nostalgia 38 tahun yang lalu..(2)

Assalamualaikum.... Akak nak sambung lagi cerita arwah Pakcik Ibrahim. Kalau tak sedap pengolahannya,jangan marah ye..akak bukannya seorang pencerita yang bijak..
Pada hari keempat-empat jenazah dibawa balik ke surau Kem Btn4, pada hari tersebut,Makcik Mah balu Arwah pakcik Ibrahim telah pergi membeli barang-barang dapur di pekan bersama2 ngan seorang kawannya. Kalau tak silap akak,namanya Kak Nah. Anak-anaknya yang tujuh orang lagi ada di rumah. Dulu mana ada handphones macam sekarang,mudah untuk berhubung,kan? So,kami pakat-pakat tunggulah mereka. Walaupun sedih,anak-anak arwah nie tidak menunjukkan kesedihan mereka,cuma yang bongsu perempuan nampak sedih dan keliru,maklumlah baru berumur 6 tahun sewaktu kehilangan ayah tersayang...
Nak dijadikan cerita,rupa2nya,pemandu teksi yang mereka naiki semasa nak balik ke Kem,telah menceritakan pada Makcik Mah dan Kak Nah tentang kematian 4 orang anggota polis hutan ini,malangnya beliau tak tahu nama. Bila dia sebut saja bahawa salah seorang dari arwah itu meninggalkan 7 orang anak,6 lelaki dan seorang perempuan terus Makcik Mah meraung dalam kereta sambil cuba membuka pintu kereta,syukurlah Kak Nah dapat menutup balik pintu dan menyuruh Makcik Mah bersabar. Sebaik saja sampai di depan pintu pagar kem,melurulah anak-anak Makcik Mah ke arahnya sambil cuba memujuknya.Kemudian,salah seorang adik Kak Nah tadi pula terus meluru ke arah Kak Nah sambil menyatakan suaminya dah meninggal. "Kak..abang dan meninggal..."Apa lagi,Kak Nah yang sedih ngan nasib kawannya pun terus meraung sambil meluru kearah pintu pagar..sambil dipeluk adiknya jadi tak tentu arah bila mengetahui tentang kematian suami tercinta... bersama Makcik Mah sambil dikerumuni,keluarga dan jiran tetangga. Akak pun turut menangis jugak tersedu-sedu...Pemandu teksi tadi terpinga2 tak tahu apa yang berlaku... Rupa2nya,kedua-kedua penumpang teksinya adalah balu-balu kepada perwira-perwira kita...Sedih sungguh...sehingga kehari ini,masih ternampak-nampak insiden itu. Arwah pakcik Ibrahin seorang yang peramah dan suka senyum bila berjumpa ngan orang. Pada hari beliau dan kumpulan nak berangkat ke dalam hutan,botol air yang hendak dibawanya telah pecah. beliau pun berpatah balik untuk mengambil bekas lain. Rupa-rupanya itu petanda buruk yang beliau akan pergi buat selama-lamanya... Kak Nah pula yang begitu penyayang ngan keluarganya,tak semena-mena telah bertengkar dgn.suaminya pada saat terakhir sebelum berangkat ke hutan. Sehingga sekarang akak pasti beliau akan kesal ngan peristiwa tu,tapi apa nak buat... Berita terakhir yang akak dengar iaitu salah seorang anak Arwah Pcik Ibrahim iaitu Ishak yang tua setahun dari akak,telah menjadi seorang askar dan tinggal di Teluk Kumbar. Kepada sesiapa yang mengenali keluarga akak,harap2 kita boleh menyambung balik hubungan terputus ini. Kepada rakan-rakan di luar sana,samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua yang telah terkorban demi memastikan kita dapat hidup dalam aman seperti sekarang....Al-Fatihah...

3 ulasan:

  1. al-fatihah....
    sedih sangat saya membacanya...

    tp ape² pun, mereka mati syahid.. Insya Allah...

    BalasPadam
  2. insyaallah Ita..Memang sedih sangat pada hari itu,bila tengok mereka berpelukan sesama sendiri...Anak arwah PC Ibrahim hok kecil sekali baru berumur 6 tahun..asyik dok memanggil2 ayah mereka,suruh bangun jangan dok tidor lama sangat....anak inilah buah hati pengarang jantung mereka sekeluarga....

    BalasPadam
  3. :( Alfatihah...

    bleh bayangkan apa yg akak criter ni. Ya Allah.sedih sungguh bila kenangkan anak2 Arwah...

    BalasPadam