Sabtu, 16 Januari 2010

Nostalgia 38 tahun yang lalu..(1)

Entah kenapa,tetiba aje akak terkenangkan peristiwa 38 tahun yang lalu...
Ketika itu,akak baru berusia 12 tahun ,darjah 6. Ayah akak seorang anggota Polis Hutan. kami tinggal di Kem PPH,Btn.4, di sungai petani,kedah.
Pada satu hari,kami dapat tahu ada beberapa buah trak besar akan singgah di kem. So, untuk mencari pendapatan lebih,mak akak pun buatlah 2 cerek besar air kopi dan air teh dan mee goreng untuk dijual kepada abang-abang polis yang akan singgah nanti. Kami 3 beradik ditugaskan untuk menjual. Akak jual air teh,adik mahani jual air kopi dan adik bongsu kami Zul,jual mee...
Apabila trak yang dikatakan sampai,kami pun pergilah menjalankan tugas kami....rupa2nya bukan kami sahaja yang menjadi penjual sementara..kawan-kawan kami turut serta jugak..ada yang jual kopi jugak,meehoon,laksa, nasi bungkus dan macam-macam lagi...seronoknya...
yang paling seronok bila air kami habis dan abang-abang tersebut suruh mak kami buat lagi...laku sungguh...syoknya...ramai sungguh abang-abang polis hutan hok singgah.....Kerja Polis Hutan pada waktu itu memang merbahaya...tapi kami kecil lagi,tak tau apa-apa...
Ada satu hari tu...bila akak balik dari sekolah,akak lihat mak akak sedang menangis...walhal dia janji nak buat makanan kegemaran kami laksa kedah...akak tak tau pasal apa mak nangis... Mak suruh akak makan laksa...sedang akak makan,datanglah jiran dekat rumah tanya mak"kak Jah dah tahu ke sapa yang kena ambush dan meninggal tu?"
terus akak berhenti makan....takut sungguh akak,maklumlah ayah dan rakan-rakannya antara yang masuk hutan untuk lawan pengganas....
"Tak tau,sape?" tanya mak akak.
"Dengar kata Platon 6, Sarjan Ibrahim."
Sarjan ibrahim ni dok dekat ngan umah akak. Dia ada 7 orang anak,6 lelaki dan yang bongsunya perempuan....sedih sungguh akak dengar..baru aje mereka masuk hutan... bersama-sama arwah Pakcik Ibrahim ini ada 3 orang lagi yang akak tak berapa ingat nama mereka...kalau ada antara yang terbaca cerita akak ni dan turut terlibat d Kem PPH Btn.4,hubungilah akak ye...Boleh kita sambung kembali silaturrahim yang telah lama terputus...untuk pengetahuan,ayah akak Murad, dan ibu akak dikenali sebagai Che Jah.

3 ulasan:

  1. sedih juga saya membacanya. KEnangan sebginilah yang membuat kita kuat. Bayangkan keluarga arwah Sarjan IBrahim ketika itu yang kehilangan suami dan bapa...pasti buntu fikiran mereka. Tetapi percayalah, setiap pemergian itu Allah telah sediakan yang terbaik utnuk yang tinggal. Semoga Kak Teh dapat bertemu kembali jiran lama tu.

    BalasPadam
  2. ish, baru akak criter camni ai dah seram2 :( sedey la kak. tp sronok baca akak flash back ni. nnt akak update lagi tau. ai tunggu (^_^)

    BalasPadam
  3. alahai, sedihnyer..
    camne la wife & anak² arwah Sarjan Ibrahim tu survive?

    BalasPadam