Jumaat, 7 Ogos 2009

Yang jauh didekatkan,yang dekat,diserasi2kan...


Inilah antara gambar kenangan yang masih ada dalam simpanan bersama rakan-rakan MPKT 1981-1983. Suasana ceria ini dirakamkan semasa dalam bas mini ke rumah tumpangan kami semasa di dalam praktikum. Kami begitu akrab dan saling tolong menolong. Di hadapan sekali yang tembam mukanya adalah akak sendiri,dikuti oleh E, Lila dan Mak. Di belakang Mak ialah Nare. Di belakang akak pula ialah Noi. Hok belakang sekali ialah Datin Laili dan di belakang Nare pula ialah Manja. Dalam ramai-ramai ni,hanya Datin Laili, Noi dan Manja sahaja yang dapat akak hubungi,sementara baru-baru nie akak dapat menjejaki blog Lila,tapi Lila masih belum hubingi akak lagi,mungkin tak tahu ataupun terlalu sibuk. Apa-apa pun,akak amat berharap dapat menghubungi kesemua rakan-rakan nie..(Kiranya jejak kasihlah nie..hehe....)Kalau Mak, Nare, Lila atau E terbaca artikel ini,ataupun sesiapa yang mengenali mereka ini,sudilah kiranya menghubungi akak melalui blog akak ini. Terima kasih.
Posted by Picasa

2 ulasan:

  1. Salam Kak Teh,
    Lila dah jawab dah dlm entri Kak Teh yg lalu. Maybe Kak Teh tak perasan. Betul la tu, ni Norlila Samad dari Batu Pahat, Johor. Macam mana ek Kak Teh dapat cari blog Lila? What a small world...Salam buat ibubapa dan keluarga Kak Teh. Alhamdulillah jejak kasih Kak Teh dah berjaya!

    BalasPadam
  2. So sweet my friend. Missing all of the gang like crazy. kena buat reunion laaa..

    BalasPadam