Ahad, 9 Ogos 2009

(Qawwiem yang pintar )
Ini ialah cucu saudara sulong akak. Qawwiem....namanya.. Cukup cerdik dan pintar. Suka bercakap dalam B.Inggeris... Kalau nak tahu apa-apa,suka bertanya: Tok Teh, Tok Teh..What is this? Walaupun baru berusia 3 tahun,vocabulary Englishnya cukup banyak.. Bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri....tapi kan...seronok mendengar dia bercakap....

(Semasa di Airport PC)
Masa nie,akak,hubby,anak sulong dan sepupunya Fais,baru dapat tahu yang flight ke KL pada waktu itu telah ditunda sehingga pukul 5.00 pm dari pukul 12.30 pm. So, ambil keputusan berehat sekejap di rumah mertua akak. Nak kelik rumah,jauh sangat...

Yang berbaju merah itulah anak sulong akak,Hanif namanya. Di rumah, abang Long....
(Menjamu selera di rumah Mertua)
Gambar ini dirakamkan semasa hendak menikmati makan tengahari di rumah mertua akak.Kami sebenarnya dalam perjalanan untuk menghantar anak sulong akak ke Unimas baru-baru nie. Sepatutnya dia bertolak dari Airport PC pukul 12.30 pm, naik Air-Asia,malangnya flight tersebut ditunda sehingga pukul 5.00 pm. Mujurlah rumah mertua akak dekat sahaja. Dapatlah anak akak berehat,mandi,malah lelap mata sekejap. Anak akak memakai baju merah manakala anak muda yang bersinglet putih itu ialah sepupunya yang kebetulan bertandang ke sini dari Kedah. Fais namanya.



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbrt :)

    Rumah mertua kak teh kat mana ya... Heheeh, sedap tgk family kak teh menjamu selera :)

    BalasPadam