Jumaat, 14 Mei 2010

Terima Kasih Cikgu!

Assalamualaikum semua..

Esok Hari Guru.. Akak tetiba terkenangkan seorang guru yang mengajar akak dan kawan2 sekelas di SK Sg. Layar, Sungai Petani,Kedah-sekitar tahun 1970-1972,Darjah 4 hingga Darjah 6. Cikgu Hasan,namanya. Guru BM. Seorang guru yang garang,serius bila mengajar,tapi suka bercerita... Bila Cg. Hasan mula bercerita,kami akan senyap mendengarnya dengan penuh suspens..Cerita2nya memang selalu suspens dan menakutkan..Salah satu dari ceritanya yang akak ingat sampai sekarang ialah tentang seorang Puteri yang dilarikan burung garuda...memang menakutkan... huhu...Bagaimana agaknya sekarang ini keadaan Cikgu Hasan? Sihat ke? Semoga panjang umur...semoga dapat berjumpa lagi dengannya satu masa nanti... Guru yang lain pun tetap dalam ingatan seperti Teacher Navamoney,Ustazah Salmah dan lain-lain...Dah 40 tahun berlalu...
Cikguku Sayang...
Jasa kalian semua amat besar buat diri ini...
Terima kasih Cikgu di atas segalanya.....

       Tidak ku lupa juga pada rakan-rakan sekelasku seperti Radziah Md. Nor yang merupakan anak Tok Penghulu di kg.tersebut...juga Ketua Darjah kami: Azman Salleh, Hertati idrus, Jamilah Md. Jan; Fatimah Shamsuddin dan lain-lain...... begitu ramai..maaflah tak dapat nak ingat semua...bukannya bermakna kalian telah ku lupakan..tidak sekali2..kalian sentiasa di dalam ingatanku bersama kenangan2 kita..sungguh manis, sungguh menggembirakan dan enjoy sesangat bila bersama2....
Semoga kita semua di dalam lindungan ALLAH selalu...kalau ada antara kalian dan lain-lain terbaca kisahku ini,hubungilah daku di blog ini... semoga dapat berjumpa dan berkumpul lagi... Insyaallah...

2 ulasan:

  1. Salam... apakah cikgu2 itu semua masih ada? Semoga mereka terus diberikan kesihatan dan jika mereka telah tiada, al-fatihah buat mereka...

    BalasPadam
  2. Tak tahulah Umie... Akak pun lepaih tu ikut Ayah bertukar ke kelantan.. Sekarang Ayah pun dah pencen dan tinggal di kelantan,akak pulak kahwin ngan ore kelantan,tinggal di kelantan jugaklah... jarang2 sekali baru kelik kedah...

    BalasPadam