Ahad, 2 Mei 2010

Alhamdulillah..Saat kritikal telah berlalu...

Assalamualaikum semua..
Dah lama jugak ye akak tak masukkan apa-apa cerita..Hari ini akak nak ceritakan satu insiden yang belaku pada 26 april yang lalu..kiranya ini flashbacklah kan...ceritanya begini.....
Tepat pukul 11.30 malam,26 April yang lalu..sedang kami terlena dibuai mimpi,tiba2  hp hubby berbunyi. terkejut akak..Sapalah yang antar mesej malam2 buta ni?  Akak pun bukalah mesej yang dihantar. Bunyinya begini... "Kepada adik beradik dan sahabat diharap dapat buat solat hajat ataupun berdoa untuk isteri saya Sarifah dan anak kami yang di dalam kritikal. terima kasih". terkejut kami berdua mendapat mesej sebegitu di waktu larut malam ini.Sarifah adalah beras akak dan suaminya yang dipanggil Che Awe adalah adik ipar akak-adik hubby akak. Nak terus ke HBKB, hubby akak terasa tak larat benar.. Hanya berdoa sahajalah yang dapat kami lakukan..terus akak tak dapat tidor. esoknya, akak pun meminta kebenaran bos akak untuk pulang awal sedikit daripada biasa,kebetulan pulak hari tu waktu mengajar akak cuma 4 waktu sahaja berbanding ngan hari2 lain. ALLAH telah mempermudahkan perjalanan kami, ALHAMDULILLAH....
Sesampainya kami dihospital,ibu mertua akak telah pun sedia menunggu. Rupa2nya ibu mertua akak telah tidor di hospital,tunggu di luar wad kerna hanya suami Sarifah sahaja yang dibenarkan menemaninya..Rupa2nya dia masih lagi di dalam kritikal.. selepas melahirkan anak kelimanya,beliau telah tumpah darah-9 pain-botol darah telah dimasukkan kedalam badannya. menurut doktor,peluangnya 50-50....
Sedih sungguh..anaknya pun sehingga sekarang masih di CCU,dalam pemerhatian doktor..Jumaat yang lalu barulah kami diberikan kebenaran untuk melawat sarifah,dan akak tengok lengannya lebam2..Kedua lengannya,betisnya dan lehernya telah dimasukkan tiub untuk masukkan darah.. Alhamdulillah..saat kritikalnya telah berlalu.. sekarang kami hanya menunggu untuk anaknya sahaja. kalau sesiapa nak melawat,diwajibkan basuh tangan dan memakai selipar yang hospital sediakan,,, semoga anak saudaraku ini semakin sembuh..Geram sungguh akak lihat..soooo very chubby..baru beberapa dilahirkan ,tapi nampak macam dah sebulan..lahir dengan 3.80 kg.

5 ulasan:

  1. Salam... * doa kami dari jauh biras kakteh dan anaknya akan kembali sihat...

    BalasPadam
  2. slm,

    eb nk mtk emel add boleh?... eb nk invite msk blog sbb terpaksa privatisekan... sori yer sshkan... tq..

    abbyal_bakri@yahoo.com

    BalasPadam