Jumaat, 5 Mac 2010

Makan Sorang Lagi....

Assalamualaikum. Menu tengahari ni for hubby tersayang ialah kari tulang, goreng sayur, ikan goreng,ulam-ulaman serta sambal pauh. Bila kelik aje dari masjid,yang masuk rumah hanyalah anak bongsu akak,Hazim. Mana Abah? Abah kelik lambat sikit,mak. Ada tahlil.
Aiseyy...sahlah tengahari ni,masakkan akak tak bersentuh. Hazim jarang makan waktu tengahari. Breakfast pun dah lewat,tentulah dah kenyang untuk makan tengahari..Jawabnya...akak makan sorang-sorang ajelah...Apa nak buat...
Bila tengaharinya makan kari, petangnya pulak, akak selalu jugak buat peknga.(Loghat Kedah- maksudnya lempeng)Peknga ni sedap bila dicicah kari atau gulai..Cubalah...

2 ulasan:

  1. salam,

    kak teh, thanks drop by, and jadi follower saya.

    rajin2 le drop by ye.

    time kasih! :)

    xoxo

    BalasPadam
  2. biasalah kak...

    bila tak masak, mereka kata emak tak masak.
    bila dah masak, tak makan pulak.

    BalasPadam