Khamis, 3 Disember 2009

Pergi Yang Tak Kembali Lagi

Assalamualaikum semua. Pagi tadi tepat pukul 11.30 pagi, akak dapat berita yang amat menyedihkan dari kampung akak..satu-satunya abang kandung kepada ibu akak yang tersayang, telah pergi buat selama-lamanya..di dalam wad di Hospital Yan.
Kami memanggilnya Pak Chak. Isterinya Mak Chak telah lebih 3 tahun mengadap ILLAHI. Mereka tinggal di Perumahan Sri Jerai, Gurun, Kedah. Arwah mempunyai 7 orang anak. 6 sudah berumahtangga, kecuali Abang Uda yang tinggal bersama-samanya. Umur arwah lebih dari 77 tahun.
Yang akak sedih sekali, walaupun akak ada di Kedah raya Haji baru-baru nie,tapi takda rezeki untuk berjumpa dengannya.. kali terakhir akak berjumpa dengannya ialah bila dia datang beraya di rumah adik akak di Merbok pada Raya Puasa baru-baru ini..kami saling meminta maaf dan akak nampak yang ia begitu letih dan sedih sekali...Hospital adalah rumahnya yang kedua. selalu keluar masuk hospital.kita sayang padanya,tapi ALLAH lebih menyayanginya. Semoga rohnya dihimpunkan bersama-sama ngan roh orang-orang yang solih..amin...Al-fatihah.

2 ulasan:

  1. semoga roh pak chak dalam kalangan insan yang beriman.. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  2. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman..amin..

    BalasPadam