Rabu, 2 Disember 2009

Kenangan Adha 2009



Assalamualaikum semua. Tak terlambat lagi kan akak nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha",kan?kan?kan?
Tahun ni kuarga akak rayakan Adha di rumah adik akak yang tersayang,di Merbok,Kedah.

Gambar di atas ini kami rakamkan di belakang kereta kami, sebelum bertolak ke Kedah pada pagi raya pertama.



Inilah antara mereka yang tekun
pesiang daging korban kami. Kami korban pada raya ke 2,raya
pertama kami di Kelantan.











Tengok tu..sempat jugak berposing sambil tunggu lembu korban ye...Yang bertudung koko tu adalah kakak sulong akak kak Fizah,bekerja di Aloq Staq,sementara hok biru tu adalah adik perempuan akak,guru yang sedang mengajaq di SK Tg. Dawai, Merbok.Cikgu Mahani,namanya. Di rumahnyalah kami adik beradik. akhir sekali, yang berdiri di kanan akak adalah satu-satunya adik ipar perempuan kami,Dik Na. Hubbynya Adik Zull, adalah adik bongsu kami merangkap satu-satunya lelaki dalam kuarga kami. Nak tengok gambaq lagi kaa?? Sat naa...


Ni sape pulak nie....hehe...hok di kiri sekali itu ialah hubby akak yang tersayang, Che Hassim/Pok Teh. Di sebelahnya ialah satu-satunya adik lelaki akak,adik Zull manakala hok dok duduk itu ialah Pak Su kami.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan