Selasa, 4 Ogos 2009

2 berita yang mengejutkan...

Assalamualaikum.. Hari ini akak dikejutkan dengan 2 berita kematian.. Pagi tadi,sebelum akak melangkah ke tempat kerja,ibu akak telepon memberitahu tentang kematian salah seorang rakan baik ayah yang jugak merupakan polis pencen. "Pakcik Mat"...itulah gelarannya. Sebelum ini,beliau sihat dan merupakan salah seorang ahli rukun tetangga di kawasannya. Sehari-sebelum kematiannya,beliau ada mesyuarat Rukun Tetangga. Pada petang itu,semasa beliau hendak melintas jalan,tak semena-mena datang sebuah motosikal dengan lajunya dan melanggar beliau...sedih sungguh..pehanya patah..dengarnya beliau koma sehingga ke akhir hayatnya...
Kemudian tadi , kira-kira setengah jam selepas sampai ke rumah, ibu akak memberi pulak satu berita kematian. Kali ini polis yang sedang bekerja di balai polis... "Halim", namanya. Semasa sedang bekerja, beliau jatuh pengsan..terus rakan sekerja membawanya ke hospital berhampiran. Kira-kira beberapa jam kemudian, beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir..di sisi keluarga tercinta..kedua-dua berita ini sungguh mengejutkan akak dan keluarga

2 ulasan:

  1. Inalillahi Wa Inalillahi Rojiunnnn...begitulah resam hidup didunia. Bila tiba masanya di panggil pulang, tak kira masa atau tempat, kita terpaksa pergi. Kita doakan semoga kedua roh arwah dicucuri rahmat dan dihimpun bersama orang orang yang beriman...aminnnnnnn.

    BalasPadam
  2. salam kenal kak teh..
    terima kasih singgah dan menjadi follower d sdtikhati. baru ada kesempatan untuk melawat ke sini..

    salam kenal dr sy..

    BalasPadam