Sabtu, 25 Julai 2009

Tiada yang kekal

Baru tadi kami dikejutkan dengan berita perginya ibu mertua anak saudaraku, Nasrul. Terkenal dengan panggilan Mek di kalangan mereka yang rapat,beliau merupakan seorang yang sangat baik,lemah lembut dan penyayang,terutamanya di kalangan keluarga tercinta...Tahun ini beliau sangat gembira kerana mendapat tiga orang cucu baru,termasuklah cucu saudaraku, Qayyuum.... Dalam gambar ini,Mek adalah yang sedang mengambil lauk di dalam pinggan. 2 minggu yang lalu,beliau terjatuh,pingsan dan terus dihantar ke hospital berdekatan oleh keluarga. Terus koma dan dihantar ke USM, Kota Bharu. Baru Khamis lalu dibawa pulang ke rumah di Tanah Merah.Semoga beliau di tempatkan bersama dengan golongan mereka yang beriman...amin...Alfatihah..
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan